Islamic Widget

Wednesday, January 26, 2011

Kepentingan Ilmu


Adapun Ilmu Fardhu Ain itu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian pula seperti berikut:
1. Tauhid (ilmu ketuhanan)* untuk mengetahui perkara yang berkaitan solat , akidah dan keimanan.
contohnya: mengenai sifat2 wajib bagi Allah, Sifat2 mustahil bagi Allah. Mengenal Malaikat sifat dan asal kejadiannya. Juga mengenalkan kita Sifat2 Rasul dan
kedatangan Hari Kiamat dll.
*  untuk memelihara iman daripada cacat / rosak tanpa kita sedari.
contohnya: apabila musibah datang dan menimpa,  kita tidak redho malahan kita menyalahkan takdir Allah pulak.
2. Fikah (ilmu ibadah)*  untuk mengetahui berkaitan dengan ibadah seperti solat, puasa , tayamum dan sebagainya. Agar ibadah yang kita kerjakan itu sah dan diterima oleh Allah.
*  juga perkara berkaitan dengan jual beli menurut islam agar kita terhalang dari perkara yang diharamkan seperti riba, menipu dll.
*  untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan nikah kahwin dan hidup berkeluarga.  Hidup dirahmati serta mendapat keberkatan dari Allah swt
3. Tasawuuf (ilmu Akhlak)
* berkaitan perkara2 yang berkaitan dengan sifat mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela)
* juga tentang adab2 kelakuan dan perbuatan kita  dalam kehidupan seharian
Ilmu Fardhu Kifayah pula ialah ilmu yang lebih umum yang diperlukan untuk manfaat dan kegunaan umat Islam. Sebagai contoh ilmu perniagaan, ilmu kedoktoran, ilmu perguruan, pertukangan, pertanian, penternakan dan sebagainya.
Semua perkara memerlukan ilmu pengetahuan. Sehingga orang yang berilmu dan tidak berilmu juga dapat kita bezakan melalui cara pemikiran, cara pertuturan, cara pemakaian  dan tingkah laku individu itu sendiri…
Ikutilah rasmi padi makin tunduk makin berisi.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(al-Bazzar)

Huraian
  1. Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
    a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
    b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
    c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu. 
    d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.


  • Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.



  • Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

  • No comments:

    Post a Comment