Islamic Widget

Saturday, March 5, 2011

5 Ciri Mukmin Berjaya

  1.  Mereka yang khusyuk di dalam solat. Hal ini adalah kerana solat merupakan perkara yang pertama sekali akan disoal oleh ALLAH SWT pada hari kiamat kelak. Jadi orang yang menjaga solatnya dengan baik, khusyuk dan tawadduk, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan yang keji & mungkar.
  2. Orang yang menjaga dirinya daripada terlibat  dengan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini adalah kerana benda-benda yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati ALLAH SWT, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta membawa dirinya ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada ALLAH SWT.
  3. Orang yang mengeluarkan zakat. Zakat asalnya ialah satu perkataan bahasa Arab. Ertinya ialah PEMBESIHAN. Makna zakat disini ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan kadar yang ditentukan oleh syarak. Zakat ini dikeluarkan kepada mereka yang disebut sebagai ASNAF LAPAN didalam Surah Al-Taubah.
  4. Orang yang menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh sebab perkara ini merupakan satu perkara yang payah untuk dielakkan, Rasulullah SAW menjamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT.
Wallahuallam....Semoga kita semua termasuk dalam golongan mukmin berjaya hendaknya..Amin ^^
  1. Orang yang menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka. Mereka menjaga amanah dan janji dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Ini adalah kerana mereka yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai ORANG MUNAFIK.

No comments:

Post a Comment