Islamic Widget

Saturday, April 2, 2011

JANGAN TINGGALKAN....

Ibadah yang ingin disentuh adalah ibadah fardhu seorang yang mengaku Islam iaitu SOLAT... yang dibincangakan oleh Ustaz pada ketika itu adalah hukum meninggalkan solat secara sengaja mahupun tidak.

Hukum tinggalkan solat:
1) Dengan sengaja- iaitu seseorang yang mengingkari perintah Allah ataupun mempersendakan kewajipan solat seperti berkata: Solat hanya membuang masa dan sebagainya..
Hukumnya kafir dan murtad. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya untuk bertaubat, sekiranya dia tidak ingin bertaubat, darahnya halal untuk dibunuh, setelah itu jenazahnya tidak boleh diuruskan seperti jenazah orang Islam dan jenazahnya tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

2) Dengan tidak sengaja- iaitu kerana malas tetapi dia tidak mengingkari perintah solat dan tidak mempersendakan perintah solat. Contoh paling selalu berlaku ketika waktu subuh, melewat-lewatkan bangun sehingga terlepas waktu subuh. Hukumnya fasikh, sekiranya ianya berterusan, pemerintah Islam wajib menyuruh mengqada'kan solatnya yang telah ditinggalkan dan taubat nasuha. Sekiranya dia tidak ingin mengqada'kan solatnya dan bertaubat, dia dikenakan hukum bunuh sebagai hukum hudud, ini disebabkan dia menderhaka terhadap hukum Islam yang telah diperintahkan. Jenazahnya diuruskan seperti seorang muslim.

Terdapat juga dua keadaan meninggalkan solat dengan tidak sengaja yang mewajibkannya untuk qada' sahaja iaitu:
1) Terlupa- kerana sibuk melakukan sesuatu perkara sehingga betul-betul terlupa untuk solat.
2) Tertidur- tertidur sebelum masuk waktu solat tetapi hanya tersedar apabila masuk waktu seterusnya.

Sebagai seorang muslim yang sedar akan kewajipan solat, kita tidak boleh sengaja untuk meninggalkannya. Amat besar dosanya sekiranya kita meninggalkannya.

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama buat diri dan semua sahabat...

No comments:

Post a Comment