Islamic Widget

Wednesday, January 26, 2011

SEMOGA KITA SEPERTINYA.....

kisah ini dicerita kan kepada saya oleh seorang teman rapat. Tujuan cerita ini dikongsikan adalah untuk diambil sebagai pengajaran.

assalamualaikum…
sy sekadar ingin berkongsi sesuatu dngan yang lain berdasarkan pengalaman bercouple ini. sesungguhnya sy menyesal sgt akan apa yg telah sy lakukan…walaupun hanya ringan2 dan x hanyut lagi…
sy merasakan diri ini seperti x suci ag didepan Allah…
didikan agama yg sy perolehi tidak sy gnkan sepenuhnya…
sy x thu mengapa terlalu mudah membenarkan org yg bukan muhrim menyentuh diri sy…
hinanya sy ini…
semalam sy ke cherating, menghabiskan masa bersama dngan yg “tersayang”.
sy akui sy agak bahgia akan belaiannya pd sy…
tp dlm pada itu, hati sy x beberapa tenteram…
mungkin krn dosa yg dilakukan…
sy akui, sy bukanlah seorang yg alim…
namun sy masih menjaga…namun kejadian semalam memberikan sy satu tamparan…
berada dlm ribaannya..membuatkan sy alpa
sy terasa amat berdosa…
ampunkanlah dosaku ya Allah..
sesungguhnya sy terhanyut gak dlm ombak cinta ini…
cuma hanyut sy tidak terlalu dlm…
allah masih syg kan sy…
sy sedar awal…
sy berdoa,
andai dialah jodh sy…
biarlah pertemuan seterusnya bila sy telah menjadi surinya…
sy sygkan dia..
tp sy jg takutkan balasan yang esa..
ya Allah ampunkan lah dosa2 yg ku ada…
kealpaanku..
kejahilanku..
menyempurnakan segala suruhanmu..
sesungguhnya kau yg maha berkuasa…


JADIKAN IA SATU PENGAJARAN .... >.<

Malaikat Izrail juga akan mati?

ADAKAH malaikat Izrail juga akan mati?
Adakah syaitan dan iblis juga mati?
Siapa pula yang akan mencabut rohnya?

Pasti ada yang pernah tertanya-tanya tentang persoalan diatas kan..??
Setiap yang bernyawa tentu akan mati. Menurut Ahli Sunnah, mati itu satu perkara yang wujud dan dijadikan, malah dapat dilihat.Oleh itu, mati adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT.

Dengan sendirinya mati itu dijadikan oleh Allah SWT. Kematian itu adatnya menyebabkan terpisahnya roh daripada jasad, dan pada hakikatnya yang memisahkan roh daripada jasad itu adalah Allah SWT.

Bagaimanapun, secara majaznya, kerja mencabut nyawa sudah ditugaskan oleh Allah SWT kepada malaikat maut, Izrail. Malaikat maut itu mempunyai ramai pembantu daripada kalangan malaikat yang ditugaskan untuk menyempurnakan tugas ini.

Kadangkala mencabut nyawa itu disandarkan kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Zumar ayat 42 dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan..."

Namun, kadangkala kematian itu disandarkan kepada malaikat maut seperti dalam surah al-Sajadah ayat 11 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)..."

Adakalanya juga, urusan mengambil nyawa itu dijalankan oleh malaikat pembantu yang ditugaskan untuk mencabut nyawa seperti dalam surah al-An'am ayat 61 yang bermaksud:

"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia dimatikan oleh malaikat Kami, dan malaikat Kami itu tidak lengah terhadap tugasnya."
Bagi saudara2 seakidah sekalian, jika kita sudah memahami bahawa setiap jasad itu pasti akan merasai mati, maka dengan sendirinya semua kalangan malaikat termasuk Izrail sendiri akan mati.
Begitu juga iblis dan syaitan juga semuanya tidak terlepas daripada kematian. Haruslah kita yakini bahawa kerja untuk mencabut nyawa itu, amat mudah bagi Allah SWT melakukannya, ataupun malaikat maut itu juga boleh mencabut nyawanya sendiri.

Semua ini tidak mustahil berlaku. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa malaikat maut itu akhirnya akan mencabut nyawanya sendiri dengan penuh kehalusan, tetapi kesakitan yang dirasakan tidaklah pula digambarkan.
wallahu'alam..

Kepentingan Ilmu


Adapun Ilmu Fardhu Ain itu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian pula seperti berikut:
1. Tauhid (ilmu ketuhanan)* untuk mengetahui perkara yang berkaitan solat , akidah dan keimanan.
contohnya: mengenai sifat2 wajib bagi Allah, Sifat2 mustahil bagi Allah. Mengenal Malaikat sifat dan asal kejadiannya. Juga mengenalkan kita Sifat2 Rasul dan
kedatangan Hari Kiamat dll.
*  untuk memelihara iman daripada cacat / rosak tanpa kita sedari.
contohnya: apabila musibah datang dan menimpa,  kita tidak redho malahan kita menyalahkan takdir Allah pulak.
2. Fikah (ilmu ibadah)*  untuk mengetahui berkaitan dengan ibadah seperti solat, puasa , tayamum dan sebagainya. Agar ibadah yang kita kerjakan itu sah dan diterima oleh Allah.
*  juga perkara berkaitan dengan jual beli menurut islam agar kita terhalang dari perkara yang diharamkan seperti riba, menipu dll.
*  untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan dengan nikah kahwin dan hidup berkeluarga.  Hidup dirahmati serta mendapat keberkatan dari Allah swt
3. Tasawuuf (ilmu Akhlak)
* berkaitan perkara2 yang berkaitan dengan sifat mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela)
* juga tentang adab2 kelakuan dan perbuatan kita  dalam kehidupan seharian
Ilmu Fardhu Kifayah pula ialah ilmu yang lebih umum yang diperlukan untuk manfaat dan kegunaan umat Islam. Sebagai contoh ilmu perniagaan, ilmu kedoktoran, ilmu perguruan, pertukangan, pertanian, penternakan dan sebagainya.
Semua perkara memerlukan ilmu pengetahuan. Sehingga orang yang berilmu dan tidak berilmu juga dapat kita bezakan melalui cara pemikiran, cara pertuturan, cara pemakaian  dan tingkah laku individu itu sendiri…
Ikutilah rasmi padi makin tunduk makin berisi.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(al-Bazzar)

Huraian
  1. Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
    a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
    b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
    c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu. 
    d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.


  • Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.



  • Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

  • Adab-adab Bercinta Dalam Islam...



    Assalamualaikum..terima kasih lah pada yang sudi membaca & melawat blog kami ni...jum kta continue kisah Adab2 Bercinta Dalam Islam untuk peringkat ke 2 dan seterusnya sampai habis

    Cinta Selepas Bertunang

    Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

    Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.



    Cinta Selepas Kahwin

    Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

    Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

    1.  Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

    2.  Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

    3.  Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.


     
    Seharusnya Cinta…


    Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

    Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia. 

    Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

    Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

    Sekian dari kami. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT & yang buruk dari diri kita sendiri... Mana yang elok 2 kita aplikasikan dalam kehidupan kita seharian..klo x mau, simpan elok2 kot2 bleyh guna utk masa depan...Renung-renungkan...Wallahualam....