Islamic Widget

Sunday, January 23, 2011

HAKIKAT PERCINTAAN DALAM ISLAM....

HAKIKAT PERCINTAAN DALAM ISLAM ?

Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat 'harus' dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan 'pelakon-pelakon' ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka 'muslim'.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakan yang terdapat dalam alam persekitaran kita dan khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. sama ada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi suatu 'trend' bagi golongan remaja ialah 'percintaan'. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan ini banyak kita jumpai dalam masyarakat kita.

Persoalannya, adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk 'bercinta-cintaan' mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita ? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh(al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti (waqi dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku ?. Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. sama ada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nidzamul ijtima'i secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang ! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih-sayang terhadap insan lawan jantina ? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah Al-nau' (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengakui akan hal ini oleh itu Allah, Sang Pencipta yang berkuasa telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.

Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada kondisi hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang mereka lakukan bukan berdasarkan aqidah Islam dan konsep pergaulan yang mereka gunakan bukannya berdasar dari aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mereka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan muktahir ini maka muncul pemahaman bahwa percintaan haram hukumnya. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu standara tindak laku (miqyasul a'mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syara' (Al-Quran dan Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya"

Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan mukhtahir ini. Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyaknya perceraian bukanlah suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. Penulisan ini diakhiri dengan suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mengikat diri kita dengan aturan Allah.?

JADI RENUNG - RENUNG KAN LAH .....


_syamieALHABSHEE

7 tiPs beRaya ke ruMah si diA


Even sekarang ini dah habis raya dan segalanya, atleast tips ini boleh digunakan ketika anda hendak ke rumah bakal mertua anda. ;))Dan tidak lupa juga kami, Mr Teddy dan Mrs Teddy, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga Tentang Cinta. :x
Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!
Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju. Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!


Tip 1: Jaga Penampilan
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.


Tip 2: Bawa Teman
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.


Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.


Tip 4: Jaga Adab Sopan
‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.


Tip 5: Bersikap Ramah Mesra
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!


Tip 6: Murahkan Senyuman
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ pulak!


Tip 7: Sediakan Buah Tangan
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!

~ KISAH ANAK PADERI MEMELUK AGAMA ISLAM ~

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.


Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.


Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -
konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .


Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. 

Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.


Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.


Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.


Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.


Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.


Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

~ ciNta aBadi ~

~ CINTA ABADI ~
sAyAnG KaMu
pertemuan di alam persekolahan..
Die seorang yang pendiam,pemalu dan selalu tersenyum..aku terpandang wajahnya buat kali pertama di tingkatan 1, ramai org bercerita tentang dirinya, aku hari demi hari tertanya siapakah die?!!..pada suatu hari,aku melintas di tepi kelas die, kwan aku menunjuk2 die kepada ku :) lalu aku pun mule memandangnya sepanjang persekolahan....bile naik ke ting 2, die berada didalam kelas yang ak duduk..hati mule da xsenang!! aku cuba tuk tenangkn keadaan..aku dan rakan yang lain cukup suke sakat perempuan didalam kelas, dengan tidak sengaja aku terfikir untuk melakukan itu kepadanya..hanya dengan cara itu lah dapat aku bercakap dengannya........walaupun die hanye bertindak balas dengan berkata "heh!!,jgn la,"korang nie",xde keje lain ke hah!!"..sume 2 cukup tuk aku mendengarnya ;)

masuk ting 3..aku sebenarnya ingin memberitahu yang aku da mule sayangkn die..tapi cukup berat tuk melafazkan....mungkin aku belum bersedia tuk itu..apabila cuti sekolah aku gelisah di rumah, kerana die tidak ada di hadapan ku seperti selalu..aku pun pelik dgn apa yang aku rase kn ini..bahawa selalunye aku sering menyakat die didalam kelas, secara tibe2 perasaan cinta dan sayang hadir dalam diri ku.....

selepas SPM..aku teramat rindu akan die..kerana alam persekolahan lah segalanya bagi ku dan dirinya ;)
apabila aku dapat tahu die berpindah..aku cuba contact dgnnya, tetapi malangnya number yang aku ada, tidak lagi digunakannya..hati ku memang tertanya2 kemana die berada sekarang..setiap kali keluar, aku mesti lalu hadapan rumahnya, walaupun rumah itu kosong..sedih sgt hati ini.....'KU HANYA MENHARAPKN DIA MUNCUL DIHADAPAN KU KEMBALI'

lalu aku terlihat namanya di laman facebook, tidak terfikir itu adalah die..aku pun menerima nama itu sebagai kawan di fb..ke esokkan hari aku melihat semula profile itu, dengan tidak disangka2 vivi suzyliana adalah die....cukup gembiranya hati ini..hanya mampu bersyukur kerana dapat bertemu kembali.....mulenya malam itu, aku chatting bertanya khabarnya, apabila die meminta number telefon ku..jantung  ku bdebar2!!..adakah die pun sama merindui ku,sebagaimana aku merinduinya! hanya tuhan yang tahu..

kali ini, aku kene berterus terang dengan die..aku tidak ingin kehilangannya lagi..lalu aku pun meluahkan isi hati kepadanya..apabila die pun meluahkan cintanya kepada ku, bersalahnya diri ku terhadapnya..kerana di alam persekolahan aku telah banyak menyakitkan hatinya..niat aku mase itu tuk mendengar suaranya bercakap dengan ku....
akupun meminta maaf atas segala perbuatan ku itu..die memaafkan segalanya :)

vivi suzyliana adalah perempuan yang baik budi pekertinya,sopan,lemah lembut dan segalanya.
die sgt menghormati orang, tentang baran memang jarang mendengar dari mulutnya..sejak dari sekolah lagi..

DIA LAH SEGALANYA DALAM HIDUP KU,
AKU MENCINTAI KAMU!!
"TANPANYA AKU XMENGERTI....."

<3 LOVE TRIP <3

19 Keistimewaan wanita Menurut Hadith...


RASULULLAH S.A.W :
"SAMPAIKANLAH DARIKU
WALAUPUN HANYA
SATU AYAT"

 

1. Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Pembuka bicara...

Ketenangan...

Assalamualaikum. . . 1st post outset and this is the opening of our blog... Our goal for this blog is to complete the learning task for our last sem. All content and sharing in this blog can be used together. So, let's all give our support to achieve and cherish this blog.