Islamic Widget

Friday, August 10, 2012

prelaunchX Invitation

jum try game ni..ntah pape je kan..hehe..just for fun...
salam ramadhan..
klik this link  prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Thursday, May 19, 2011

jaga maruah untuk si "DIA" bukan untuk "SEMUA"


PERBEZAAN REMAJA ZAMAN GLOBAL DAN ZAMAN PURBA

ZAMAN PURBA (skema)
  • Mereka sangat-sangat tidak mengenal apa itu teknologi
  • Bagi mereka adalah belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga
  • Mereka amat berdisiplin dari segi masa,menjaga harta benda,dan sebagainya
  • Mereka tidak kenal erti 'penat'
  • Jika mereka tidak berjaya dalam pelajaran mereka akan terus bantu keluarga dalam apa jua bidang

ZAMAN PURBA (tak skema)
  • Mereka membawa duit berbekalkan 5sen sahaja dah memadai
  • Jika ada sesuatu yang mereka tak faham dalam sesuatu subjek itu mereka akan terus bertanya kepada cikgu
  • Mereka hanya berbekalkan kasut untuk sepanjang pelajaran mereka(5tahun pakai kasut sama,selagi x kuyak)
  • Mereka akan berkumpul dan berbincangkan sesuatu pelajaran itu dengan sebincang-bincangnya sebab mereka tiada handphone,jika mereka tak bincang dengan jelas,mereka terpaksa berjumpa lagi


PERBANDINGAN


ZAMAN GLOBAL (skema)
  • Mereka amat-amat mengenali apa itu teknologi
  • Bagi mereka belajar juga penting tetapi bukan untuk ubah keluarga tetapi untuk diri mereka sendiri(kerjaya)
  • Mereka amat tidak berdisiplin dari segi masa,menjaga harta benda,dan sebagainya
  • Mereka cepat penat dalam apa jua bidang dan mudah merasa putus asa
  • Jika mereka tidak berjaya dalam pelajaran mereka akan terus bawa diri mencari kerja dan seterusnya berumah tangga bila tiba masa

ZAMAN GLOBAL (x skema)
  • Mereka membawa duit RM10 sehari,katanya kelas petang,koko dan makanan di kantin mahal
  • Jika ada sesuatu yang mereka tak faham dalam sesuatu subjek itu mereka akan pergi ke 'google' dan type sahaja apa yang mereka kehendaki,kalau tak faham bahasa inggeris mereka akan pergi ke 'google translate',senang
  • Mereka minta untuk di tukarkan kasut selepas pertengahan tahun
  • Mereka akan berkumpul dan berbincangkan sesuatu tetapi masih tidak jelas(perbincangan main-main)sebab mereka tahu bahawa kalau tak faham,mudah,telefon sahaja,messge dan FB,Twitt,apa susah

APA MOTIF SEMUANYA ITU?

Mudah cerita...zaman berganti zaman...perubahan berganti perubahan......teknologi berganti teknologi...

Kalau kita berpeluang bertanya makcik-makcik di kampung,ada di antara mereka yang bekerja hebat-hebat,GURU,TECHNICIAN,dan sebagainya padahal mereka ada SPM sahaja.KENAPA??

Zaman dahulu SPM dianggap pendidikan terakhir paling tinggi sekali bagi mereka,jadi x salahlah mereka jadi yang hebat2 sebab zaman dahulu nak sampai tahap SPM tu amatlah susah.

Beza zaman sekarang :

  • Ada SPM - Belum tentu ada kerja 
  • Ada DIPLOMA - Belum tentu di panggil untuk kerja
  • Ada IJAZAH - 50% untuk bekerja (graduan yang menganggur setiap tahun amatlah tinggi bagi lepasan Degree)

APA KESIMPULANNYA :

Baiklah,zaman berganti zaman...
Kita asyik di buai dengan gantian zaman...
Lupa lah pula masih belum kahwin tiba-tiba di FB ditukarkan "married" "engaged" padahal masih tiada ikatan apa2...
Dan lupa lah pula batas lelaki dan perempuan dalam FB...
Yang mana komen di akhiri dengan "megse saya di inbox"..
takut di ketahui orang apa yang di lalaikan...
Lupalah pula mereka akan azab ALLAH..
Lupalah pula mereka akan janji ALLAH..
Lalai dan terus lalai...


FB,Twitter,myspace...
Pengikat tali "persaudaran"..
Dengan siapa?...
Dengan sesuka hati mereka...
Agak handsome,agak cantik,agak lawa...
"approve add friends"...
Tanpa tahu latar belakang mereka...
Adakala menggunakan FB sebagai cari teman...
Bukan sebenarnya teman,tapi pasangan....
Lalai dan terus lalai...

"eh2,dia masuk sayang-sayang",..
Balas pun kena "sayang-sayang"...
Kena ada "rindu-rindu"..
Lupa yang mereka akan jadi Haru-Biru..
Bila mana HALAL di katakan HARAM...
habis punah harapan..
dan terus di ambang percintaan..
yang bukan di redhai ALLAH dalam ikatan..
dan mereka..
Lalai dan terus lalai..

Pernah terfikir JIKA KITA DI ZAMAN DAHULU???
Ada ke FB,Twitter dan handphone2 baru??
Zaman dahulu x kenal erti 'cinta'
Mereka senantiasa menjaaga iman mereka..
Tunduk malu pada sang empunya..
Menjaga dan membawa maruah keluarga cukup bangga..
Sebab mereka menjaga apa yang mereka ada..
Mereka letak 'iman' di dada..

Ingatlah adik-adikku,remaja-remaja...
Ya!!!
dan YA!!!!
Kamu tidak mahu di kongkong...
Mahukan kebebasan..
Kononya keluarga adalah punca mereka tertekan..
Kononnya keluarga punca segala masalah..
TIDAH DI TIDAK KAN!!!
Tiada siapa yang mahu di kongkong!!!
Tapi mahukah kamu tanggung sendiri kegagalan kamu dengan diri sendiri tanpa melibatkan keluarga?
Mahukah kamu malu sendiri dengan diri kamu sendiri tanpa melibatkan keluarga..
Pernahkah dengar orang mengata "SIAPA DIA TU"???
Atau selalu dengar "ANAK SIAPA TU?"

Jika mampu membawa maruah sendirian,tidak mahu di kongkong!!!persilakan bawa diri kamu terus di buai hawa nafsu!!!
jangan mengadap keluarga kamu lagi!!!jangan persalahkan IBU,BAPA,KELUARGA kamu lagi!!
JANGAN LIBATKAN KAMI!!!!TANGGUNG SENDIRI!!!

Tapi boleh ker???TENTU TIDAK BOLEH...
ALLAH persoalkan akan amal buruk kalian pada BAPA-BAPA kalian kelak..
Ditanya mengapa tidak menjada "amanah" aku dengan didikan amal...
mengapa tidak dididik sekental "umar" sehebat " 'aisyah" ??
ALLAH........


ALLAH....
Rupanya masih di tanggung kelurga Maruah adik-adik,remaja-remaja sekalian...
Tak boleh lari...
ALLAH amanahkan kalian pada BAPA,IBU dan KELUARGA kalian...
Jadi...Mana juga kalian pergi,nama kelurgalah kalian bawa..tidak di tanggung sendirian,tanggungan bersama...

tak salah lah pepatah yang selalu orang bertanya..

"ANAK SAPA TU"

mereka tak tanya siapa tu...sebaliknya anak siapa tu..

ALLAH...ALLAH...ALLAH..


KESIMPULAN TERAKHIRNYA:

  • Jagalah adab-abad adik-adik sekalian dalam bersosial FB,Twitt dan sabagainya
  • Jagalah batas-batas pergaulan dan chatting
  • Gunakan bahasa-bahasa yang baik,lupakan nak peluk2,sayang2 dan sebagainya
  • Penuhi masa terluang dengan BOOK,bukan berFACEBOOK
  • letakkanlah FB ini untuk kawan-kawan yang di HALALkan sahaja..tiada faedah letak yang HARAM dalam FB,malah lebih buruk akibatnya,takut akan terus lalai..
  • Jaga hubungan anda dengan ALLAH,KELUARGA dan MANUSIA semua
  • Isi matlamat hidup dengan sempurna anda pasti tahu anda berada di "mana"
  • Fokus dalam kerjaya
  • Jadikan pengalaman-pengalaman kita yang lepas,dan pengalaman-pengalaman orang lain yang lepas sebagai pengajaran,jangan berani untuk di ulang!!!


P/S : saya menulis bukan untuk diri anda semuan khususnya,tetapi terawalnya untuk diri saya sendiri agar diri kita saling ingat menperingati antara satu dan yang lain.

Bagi LELAKI - Jagalah hubungan anda dengan sekadarnya dengan perempuan,jangan bawa mereka dengan ayat-ayat manis and,dengan "sayang-sayang''nya, "rindu-rindu"nya sebab selalunya lelaki yang mulakan dulu dan perempuan amatlah mudah cair hatinya dengan kata-kata begitu

Bagi PEREMPUAN - Jagalah maruah anda,jangan di biar semua orang mengenali anda,biarlah cuma seorang sahaja yang mengenali anda,yang bergelar "SUAMI" , simpan maruah anda untuk bakal "SUAMI" anda kelak,apa tinggal jika semua perkara telah anda berkongsi pada yang lain pada "SUAMI" anda?
dan hatilah-hatilah dengan lelaki,segera offline jika ada masalah dalam komunkasi dan peulisan mereka,bimbang anda dalam lingkungan maksiat!!!

INGAT SEMUA ADIK-ADIKKU,REMAJA-REMAJA!!

MENANGISLAH KERANA TAKUT AKAN ALLAH.....

BUKAN MENANGIS KERANA MARUAH TERCALAR...

wassalam...

Sunday, April 24, 2011

Jaga batas bergaul dalam FB

SOALAN

KEBELAKANGAN ini ramai yang melayari facebook (FB). Apa hukumnya wanita yang telah berumahtangga mempamerkan gambar termasuk yang tidak menutup aurat untuk dikenali dalam profilnya tanpa pengetahuan suami.

JAWAPAN

Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.

Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.

Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.

Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.

Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka....(al-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.

Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa. (al-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.

Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya.

Suami yang menyedari bahawa isterinya mendedahkan gambar-gambarnya dalam FB wajib menasihati dan menegur isterinya serta menyuruhnya mengeluarkan gambar yang tidak sewajarnya daripada FB. Seterusnya, bertaubat kepada Allah SWT.

Batasan berinteraksi di dalam FB juga perlu diawasi. Jangan sampai mendedahkan hal-hal rumahtangga di dalamnya. Apatah lagi menceritakan keaiban rumahtangga termasuklah menceritakan keaiban suami atau isteri.

Ada kajian yang dijalankan bagi mendapatkan peratus perceraian yang berpunca daripada FB, jumlahnya agak banyak dan sangat mendukacitakan.

Nampaknya sudah ada yang sengaja mendedahkan hal rumahtangga dalam FB sehingga mengecilkan hati pasangan dan berakhir dengan perceraian.

Tabiat atau perbuatan mendedahkan keaiban suami di dalam FB atau di mana-mana hukumnya sama iaitu haram dan berdosa.

Sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan suami, sedangkan berhak untuk mendapat apa yang diperuntukkan oleh syarak maka dia boleh berunding dengan suami atau minta ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan berunding mencari titik pertemuan serta mencari perdamaian.

Setiap insan yang bergelar suami dan isteri adalah haram dan berdosa mendedahkan keaiban pasangan di khalayak ramai. Jika berlaku sedemikian, maka hendaklah dipadam dalam FB dan mintalah maaf pada pasangan masing-masing.

Friday, April 22, 2011

50 tahun Kita Tertidur????

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

Tuesday, April 12, 2011

MUNAJAT CINTA

YA ALLAH?
Aku Mohon KepadaMU CintaMU?
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU?
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga Bagiku
Daripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?

YA ALLAH?
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati?
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku?

YA ALLAH?
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU?
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU?

YA ALLAH?
Hidupkan Aku Dengan CintaMU?
Matikan Aku Dengan CintaMU?
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU?
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya?

Oh Rabbi?
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya

Rabbi....
Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian

Rabbi...
Kutitipkan Cintaku PadaMU Untuknya
Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan Hidupnya
Dalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU...

Saturday, April 9, 2011

Kedatangan Imam Mahdi

Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanyasendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.

Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.