Islamic Widget

Monday, February 14, 2011

LELAKI ACUAN AL QURAN...


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
> >Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
> >Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
> >Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
> >Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
> >Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
> >Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
> >Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
> >Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
> >Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
> >Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
Jembalang

> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
> >Yang SentiasaBerbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
> >Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
> >Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
> >Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya
> >Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
>
> >Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
> >Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah
SAW
> >Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
> >Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

> >Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
> >Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
> >Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
> >Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
> >Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
> >Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

> >Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
> >Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
> >Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
> >Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

> >Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
> Buaian Dunia
> >Kerana Dia Mengimpikan Syurga
> >Di Situlah Rumah Impiannya, Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

PESAN BUATMU SAHABAT....

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku,
ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, 
jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, 
relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku,
jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,
" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."
" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,
" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."
" Himpunkalah senda tawa kita, 
andainya engkau kerinduan,
itulah jadi penawarnya. 
Dan kupohon,
ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."


" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyayangimu wahai sahabat..."

Kawan di akhir zaman ini

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

HAKIKAT SEORANG WANITA...

Jangankan lelaki biasa.......... 
NABIpun sunyi tanpa wanita..........
 Walau segalanya tersedia disyurga.......... 
Tapi ADAM tetap rindukan HAWA.......... 
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan juga puteri.......... 
Tanpa wanita.......... 
Hati dan perasaan lelaki akan resah dan gelisah.......... 
Masih mencari walau ada segalanya.......... 
Dijadikan wanita dari tulang rusuk lelaki.......... 
Maka lelakilah yang harus meluruskannya.........
Hati wanita yang serapuh kaca.......... 
Kuatkanlah ia dengan IMAN dan TAKWA.......... 
Perasaan wanita yang selembut sutera......... 
Hiasilah ia dengan AKHLAK MULIA..........
Kerana tanpa IMAN dan TAKWA serta AKHLAK MULIA.......... 
Wanita akan derhaka dunia.......... 
Pada insan yang bergelar LELAKI.......... 
Binalah kepimpinan diri untuk memimpin wanita.......... 
Tapi ingat!.........
Jangan hiburkan hatinya dengan kekayaan.......... 
Jangan jinakkan fikirannya dengan kemewahan.......... 
Jangan manjakan dirinya dengan kecantikan.......... 
Kerana wanita yang lupa akan hakikat kejadiannya,tidak akan terhibur dan menghiburkan..........

untukmu....ADAM....



Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam.....
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya! Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam.....
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi. Namun terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya.....

Adam.......
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla.... 

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu. Tetapi realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!

Adam......
mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, Seronokkan?

Adam.......
kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat ....Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa? 

Adam.....
Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu. Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1) 
akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! 

Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah! 

Adam......
andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaummu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan....

Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa nara...ilal liqa`