Islamic Widget

Tuesday, March 8, 2011

CIRI-CIRI SOLAT SEMPURNA


Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?

Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1. Bersih dari hadas dan najis.
2. Memakai pakaian menutup aurat
3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.

KeheBatan heLah YahuDi

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”
Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang tidak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke ini sangatlah beracun, dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

10 Tabiat yanG meRosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa
kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak
menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.

sTress puNca beRlaku peNinGkatan beRat baDan

SEMUA orang mengalami tekanan perasaan. Cuma yang membezakan tekanan di antara seseorang individu ialah tahap tekanan dan bagaimana seseorang menyelesaikan masalah tersebut. Ramai yang tidak menyedarinya sehinggalah badan menunjukkan tanda tekanan secara emosi atau fizikal. Namun, ada kemungkinan stres atau tekanan berkait rapat dengan peningkatan berat badan. Penambahan berat badan berlaku apabila kita mengambil makanan berlebihan atau terlalu banyak kalori. Ia juga berhubungkait apabila berlakunya tekanan dalam diri seseorang terutama mereka sentiasa stres.
Ini menyebabkan mereka cenderung makan lebih banyak terutama makanan tidak sihat seperti makanan manis dan berperisa. Ini adalah hasil perubahan kimia dalam badan apabila seseorang tertekan.
Secara psikologi, keadaan tertekan menyebabkan individu memilih makanan yang boleh menyenangkan dan mententeramkan hati. Dalam keadaan sebegini, sudah semestinya seseorang tidak lagi menghiraukan apa yang mereka makan dan kaitannya dengan keperluan badan.
Jarang sekali, mereka yang tertekan memikirkan kualiti makanan yang dimakan, tetapi apa yang difikirkan hanyalah makanan itu dimakan selagi ia memberi kelegaan. Inilah suatu keadaan yang seharusnya diperbetulkan semula apabila seseorang mengalami tekanan dan ia perlu bermula dengan bagaimana menyelesai dan menutup permasalahan yang menyebabkan berlakunya tekanan.
Jika pengambilannya dapat dikawal, ia tidak mendatangkan suatu permasalahan. Namun, dikhuatiri apabila keadaan ini berterusan sehingga mampu menyebabkan peningkatan berat badan mendadak.
Akhirnya bukan keadaan fizikal dirisaukan, sebaliknya kemudaratan yang diundang akibat berlebihan berat badan menjadi suatu permasalahan yang melanda kesihatan awam masa kini. Masalah diabetes, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan komplikasinya menular menjadi kerisauan masyarakat moden kini berikutan perubahan gaya hidup serta tekanan dihadapi dalam kehidupan seharian.
Tekanan dihadapi masyarakat kita hari ini cukup terbeban dengan masalah kehidupan seperti kesesakan lalu lintas, bebanan di tempat kerja, mengejar ‘dead lines’, masalah kewangan, rumah tangga, pencemaran bunyi, penyakit, kesunyian dan masalah lain yang bersangkut paut, silih berganti menyumbang kepada tekanan.
Kemungkinan, secara fizikal, kita tidak mampu menghadapi tekanan harian itu ditambah lagi dengan gaya hidup masyarakat yang kurang aktif di samping diet tidak sihat akan menambahkan stres dihadapi dan tidak hairan jika pertambahan berat badan juga berlaku.
Ramai di antara kita juga tidak menyedari akan berlakunya proses penghadaman agak perlahan apabila seseorang mengalami tekanan. Ini disebabkan penghasilan enzim penghadaman dan bekalan darah ke usus yang menurun. Ia berlaku secara semula jadi kerana lebih banyak darah disalurkan ke otak untuk mengurangkan tekanan.
Disebabkan itu, penghadaman berlaku perlahan dan zat makanan tidak diserap dengan optimum. Secara semula jadinya, kelenjar adrenal dalam badan bertanggungjawab menyesuai dan mengatasi masalah stres dihadapi, tetapi apabila terbeban, berkemungkinan berlakunya masalah lain dalam sistem tubuh kita.
Seseorang menjadi ketagih mengambil makanan berperisa dan bergula bagi meningkatkan paras hormon adrenalin dalam badan. Sekiranya berlarutan, ketagihan ini bukan setakat meningkatkan berat badan, malah pelbagai masalah kesihatan lain turut diundang.
Di samping hormon adrenalin dirembeskan, badan juga mengeluarkan hormon kortisol. Hormon kortisol berlebihan dalam badan menyebabkan tahap gula dalam darah tidak teratur dan punca diabetes.
Selagi seseorang itu dalam tekanan dan tidak menguruskan tekanan dengan baik, maka selagi itulah proses itu berlaku supaya badan dapat menyesuaikan dengan keadaan. Maka, ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Di samping kita mengatasi masalah tekanan dihadapi dengan mengurangkan punca tekanan, menggunakan teknik mengawal tekanan dengan betul atau mengubah cara kita bertindak mengatasi tekanan, kita juga perlu merawat tekanan dihadapi melalui diet pemakanan yang baik dan seimbang. Antara kaedah dianjurkan dalam Islam ialah makan sebelum lapar dan berhenti apabila kenyang.
Amalan ini mudah diamalkan lebih-lebih lagi apabila seseorang tertekan dan cenderung makan lebih banyak. Apabila berasa lapar, seharusnya mengambil snek yang berkhasiat untuk melapik perut. Tetapi tidak boleh mengamalkan ‘skip meal’ supaya kita tidak cenderung makan lebih banyak makanan berkalori tinggi selepas itu.
Snek terbaik adalah yang mengandungi protein, lemak dan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, biskut, yogurt yang disertakan dengan buah dan kacang.

CaNtik, biJak denGan pisaNg?


PISANG merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang enak.
Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C – bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.
Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka menjadikan wajah lebih berseri.
Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperolehi di serata dunia serta harganya yang murah, pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hinggalah kepada isinya.
Pisang mampu buat anda gembira.
Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.
Meredakan ketidakselesaan perut.
Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan ‘menenangkan’ perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.
Hindari stres.
Apabila stres atau menghadapi tekanan kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. Pisang mengandungi potasium yang tinggi membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.
Merangsang otak.
Pisang membantu merangsan fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati- hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.
Penampilan menawan.
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Rasulullah SAW dengan sebiji limau...


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.