Islamic Widget

Saturday, March 5, 2011

5 Ciri Mukmin Berjaya

  1.  Mereka yang khusyuk di dalam solat. Hal ini adalah kerana solat merupakan perkara yang pertama sekali akan disoal oleh ALLAH SWT pada hari kiamat kelak. Jadi orang yang menjaga solatnya dengan baik, khusyuk dan tawadduk, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan yang keji & mungkar.
  2. Orang yang menjaga dirinya daripada terlibat  dengan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini adalah kerana benda-benda yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati ALLAH SWT, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta membawa dirinya ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada ALLAH SWT.
  3. Orang yang mengeluarkan zakat. Zakat asalnya ialah satu perkataan bahasa Arab. Ertinya ialah PEMBESIHAN. Makna zakat disini ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan kadar yang ditentukan oleh syarak. Zakat ini dikeluarkan kepada mereka yang disebut sebagai ASNAF LAPAN didalam Surah Al-Taubah.
  4. Orang yang menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh sebab perkara ini merupakan satu perkara yang payah untuk dielakkan, Rasulullah SAW menjamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT.
Wallahuallam....Semoga kita semua termasuk dalam golongan mukmin berjaya hendaknya..Amin ^^
  1. Orang yang menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka. Mereka menjaga amanah dan janji dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Ini adalah kerana mereka yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai ORANG MUNAFIK.

4 Tanda : Yang Mana 1 Milik Kita?


4 tanda orang bahagia:-
  1. Suka mengingati dosa-dosa yang lalu dan diinsafinya.
  2. Suka melupakan kebaikan yang telah lalu.
  3. Dalam urusan agama, dia suka melihat orang yang lebih atas daripadanya.
  4. Dalam urusan dunia, dia suka melihat orang yang lebih bawah daripadanya.
4 tanda orang celaka:-
  1. Suka melupakan dosa-dosa yang telah lalu, padahal dosa-dosa itu tersimpan disisi ALLAH SWT.
  2. Suka membangga-banggakan kebaikan yang telah lalu, padahal dia tidak tahu apakah kebaikannya itu diterima oleh ALLAH SWT atau tidak.
  3. Dalam urusan dunia, dia suka melihat orang yang lebih atas daripadanya.
  4. Dalam urusan agama, dia suka melihat orang yang lebih rendah daripadanya.
Semoga kita memiliki bahagia hendaknya...Amin..Wallahuallam..^^

Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW

"Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk YANG MAHA HIDUP. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita janganlah takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan ALLAH SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan."
Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah;
  1. TAHAJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
  2. MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca AL-QURAN terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama diwaktu SUBUH. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH SWT yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH SWT.
  4. JAGA SOLAT DUHA, kerana KUNCI REZEKI terletak pada solat duha.
  5. JAGA SEDEKAH setiap hari. ALLAH SWT menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat ALLAH SWT selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  6. JAGA WUDUK terus menerus kerana ALLAH SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa & sayangi dia YA ALLAH".
  7. AMALKAN ISTIGHFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada ALLAH SWT. Apabila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Wallahuallam...