Islamic Widget

Thursday, February 3, 2011

Hadiah Buat Semua


assalamualaikum... salam ukhuwwah. kali ini, ingin saya berkongsi kisah menarik yang mungkin sebelum ini anda ada terbaca di mana-mana dan sudah mengetahui akan inputnya tapi tak salah di kesempatan ini saya ingin menyegarkan dan mengingatkan kembali kisah-kisah menarik. Pada saya kisah yang akan dikongsikan ini sangat terkesan di hati saya dan harapnya juga terkesan di hati anda semua. Insyaallah...


Perbincangan yang berlaku antara Imam Al-Ghazali dan anak muridnya berkisar tentang semua yang berkaitan dengan "YANG PALING". Mencari satu kepastian di kalangan anak muridnya dan memberitahu yang pasti tentang "yang paling" itu adalah perlu untuk menyedarkan diri kita tentang siapa kita ini.

5 perkara itu yang ditanya oleh Imam Al-Ghazali dan dijawab dengan semua jawapan yang kurang tepat oleh anak murid beliau adalah apakah YANG PALING :
  1. Dekat : Mati
  2. Jauh : Masa Lalu
  3. Besar : Hawa Nafsu
  4. Berat : Amanah
  5. Ringan : Meninggalkan solat
  6. Tajam : Lidah
ada kebenarannya yang dekat dengan kita adalah mati kerana kita tidak tahu bila ajal kita dan ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa cepat atau lewat.

masa lalu adalah yang paling jauh kerana masa lalu berlalu meninggalkan kita jauh dan makin jauh. masa lalu tak dapat diputar kembali.

manusia makhluk yang lemah memang besar dengan hawa nafsunya. manusia kurang beryukur dengan nikmat yang di kurniakan Allah.

amanah yang diberi dan digalas amat sukar dan berat untuk dipelihara. pecah dan tidak amanah mendapat murka Allah

meninggalkan solat adalah yang paling ringan dan mudah dilalaikan manusia sedangkan solat itu tiang agama. alasan meninggalkan solat itu ringan juga kerana terlambat, sakit, musafir dll. memandangkan solat itu tiang agama, Allah dah tetapkan rukhsah untuk umatnya di mana walau kita sakit atau musafir, solat itu wajib ditunaikan.

lidah lebih tajam dari pedang kerana dengan lidah, manusia mampu memutuskan tali silaturrahim, menyebarkan fitnah, menyebabkan dengki, perbunuhan dan menggalakkan manusia untuk memakan daging saudara sendiri.

kisah ini di adaptasi dari sumber lain dan di harap ianya adalah hadiah berharga buat semua agar kita segera sedar siapa diri kita ini.

Wallahua'lam
Islam Itu Indah

Sifat Malas

Mari kite hayati dan renungkan bersama......
Di sebuah negeri pada zaman dahulu kala, rakyatnya memang terdiri daripada orang - orang yang rajin... pendek kata memang rajin dalam segala segi macam rajin bekerja, rajin membaca, rajin berfikir dan lain - lain. Sehinggalah suatu hari, raja negeri itu terfikir untuk mencari rakyat yang malas dalam negeri nya itu. kemudian, beliau mengumumkan bahawa barangsiapa yang paling malas dalam negeri ini, beliau akan anugerahkan sesuatu...

Pada hari tersebut, datanglah 3 orang pemuda mengadap beliau... Raja bertanya tahap kemalasan mereka untuk menentukan siapa yang paling malas...

Pemuda 1: "saya memang malas... kalau boleh makan pun saya nak orang lain suapkan"
Pemuda 2: "saya pun malas.bukan suap je, kalau boleh saya na ada orang kunyahkan utk saya"
Pemuda 3: "erm... malas nak cerita"

moral of the story:
~ jangan jadi malas, elakkan dari sikap malas
~ malas itu merugikan diri sendiri

Untuk menjauhkan diri dari sifat malas, beramallah dengan doa ini:





Sekadar peringatan dan perkongsian bersama... Wallahua'lam