Islamic Widget

Sunday, January 23, 2011

KENAPA HATI MENJADI KERAS




“Daripada Ibnu umar r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t. maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras.”                      
                                                                                                             (Hadis Riwayat Tirmizi)
  
          Ketandusan jiwa pada hari ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali di tengah-tengah masyarakat. Banyak orang yang bersusah hati,gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang dihasilkan oleh teknologi moden pada hari ini,bahkan jutaan wang telah dimilikinya,namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat dirasainya.
Ini semuanya berpunca dari hati yang keras ,jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menagis kerana takut kepada Allah s.w.t. Kemudian kekerasaan hati ini pula adalah berpunca daripada banyak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubungkait dengan mengingati Allah s.w.t , oleh itu bagi orang yang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidah untuk berzikir kepada Allah s.w.t ataupun bercakap perkara-perkara yang ada hubungkait dengan maslahat agamanya yang dapat memberikan faedah dalam meningkatkan ketaqwaan atau paling kurang; bercakap perkara keduniaan yang dijadikan wasilah ataupun alatan yang dapat membantunya untuk menambah apa jua jenis ketaatan yang akan dicatitkan dalam suratan amal kebaikan pada hari qiamat nanti,atau kalau tidak mampu juga berbuat demikian hendaklah dia berdiam sahaja ,jangan banyak bercakap-cakap.

          Kenyataan yang selalu ternamapk dihadapan mata kita ialah wujudnya orang-orang yang banyak membuang masa bercakap perkara yang tidak berfaedah bahkan ada yang berani perkara-perkara yang bercanggah dengan hokum-hukum syara’ dan berani bercakap sambil merendah-rendahkan ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan dan terkadang boleh menyebabkan kekufuran.

          Hati yang keras adalah hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau diteguri ia akan selalu melenting dan menunjukkan rasa besar diri, pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang lain. Hati yang keras sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa berat untuk berzikir atau membaca al-Quran dan sangat malas untuk melaksanakan segala ibadah yang diwajibkan Allah s.w.t. Kalau masuk waktu sembahyang ia merasa terbeban dengan ibadah sembahyang itu bukan merasa bertuah kerana berpeluang untuk sekali lagi berhadapan dengan Allah s.w.t dan kalau sudah sembahyang,maka badannya sahaja yang sembahyang,sedangkan hatinya pergi merayau ke sana dank e mari. Tetapi kalau mahu melihat sesuatu pertunjukkan yang melalaikan daripada meningati Allah s.w.t hatinya selalu terpanggil ke sana. Dia sanggup bersusah payah untuk sampai ke sana dan merasa ringan walaupun ia terpaksa untuk mengorbankan apa jua yang diperlukan asal sahaja maksud di hati dapat tercapai.

                                                                                       post by NURAIDAH

 

No comments:

Post a Comment